Ahad, 26 Julai 2015

Student dulu vs Student sekarang

Assalamualaikum...
Kemain awal aku tulis entry aku ni, yela kalau tak  tanggguh- tangguh ja tulis berhabuk lagila blog aku ni..Tajuk aku tulis kemain lagi an kalau student sekarang baca mesti tak puas hati .. student dulu baik bla..bla ..bla.. tapi sebenarnya student dulu takdela baik sangat biasa - biasa aja plus student sekarang takla jahat sangat.
 
Ok..ok point dia kat sini murid dulu dan sekarang sangatla berbeza dan aku becakap daripada sudut mana? sudut kacamata seorang guru

Kadang pegang title cikgu, orang akan cakap ala senang ja keja kau pegi pagi balik tengah hari tak pun pegi tengah hari balik petang tu pun pegi sekolah cakap - cakap dua tiga patah pastu balik an..???
well..kau tak dalam kasut aku..pakai kasut aku tengok... hahahh...direct translate nih
bak kata terfaktab kalau yaa  pun kau pakai kasut aku bukan kita rasa lecet yang sama dak??lain pemakai lain rasanya...

Zaman aku sekolah dulu takdela jauh beza dengan sekarang, cuma masa aku jadi student dulu agak susahla nak nampak budak kurang hajar mulut ka perbuatan dengan cikgu ni..nak kata takdak tu tipula ada budak yang kurang asam ni tapi  peratusan dia sikitla... tapi kalau kita cakap pasal murid sekarang rata - rata  tak hormat dah pada cikgu..cikgu tuh dah diumpamakan macam ala cikgu je pun..not a big deal.. dan sekarang kalau kau tanya kenapa cikgu - cikgu ni tukar profesion jawapan dia mesti tak sanggup dah nak ngajar budak - budak yang tak mahu belajar...hahah..tapi  kalau aku tanya anak murid aku apa cita - cita? CIKGU..oh ok..zaman kau lagi mencabar rasanya kalau jadi cikgu...aku support ja diorang nak jadi apa pun.. =.='

Tapi sejujurnya cakap ..nak jadi cikgu??kena ada passion ..kalau kau memang nak jadi cikgu ha bolehh..apa pun bolehh..sabaqqqqq banyak sikit ,,,,tapi kalau kau jadi cikgu sebab duit takyahla tak berbaloi langsung..carila profesion lain kalau kau nak duit..nak duit p wat bisnes..

Serius cakap profesion ni cuma untuk yang nak kumpul harta akhirat kalau kau betul - betul ikhlas  serius n..bukan nak cakap aku baik ka hapa..dak..aku pun nyaris nak amek profesion lain..-.-' dan doakan la aku terus istiqomah dalam profesion ni naaa  T.T..
Tugas mendidik manusia bukan mudah kalau kau tak lakukan dengan hati.

Tips untuk bakal cikgu
1. Buat persiapan mental dan fizikal sebelum ke sekolah ( jangan kau nangis plak kena buli kat sekolah)
2. Buat search tentang sekolah yang kau nak pegi tuh n murid sekolah tu macam mana
3. Buat plan cena nak tackle murid
4. Ikhlaskan diri mengajar ke kelas
5. Cari motivasi hari - hari untuk terus mengajar
6.Persiapkan diri dengan semua ilmu, walau kau cuma cikgu bm prepare ja untuk semua subjek..budak sekarang advance..they know better than u..almaklum maklumat di hujung jari
7.Tingkatkan soft skill, jadikan diri sebagai cikgu serba boleh,kiranya buang mana pun boleh hidup la
8.Jangan mengharapkan sapa pun untuk hormat kita sebagai cikgu,tambah - tambah murid yang berlainan bangsa.
9.Tingkatkan kemahiran berbahasa, serius cakap kalau banyak bahasa kau boleh cakap barula murid - murid ni senyap.
10. Doakan kejayaan anak murid kau,walau jahat macam mana budak tu.
11. P jadi artis ( budak - budak sekarang lagi hormat pada artis )haha
12. Jadi cikgu jangan nak rasis ngan anak murid, aku pang gak kalau kau rasis.
13.Tahu isu- isu semasa yang melanda negara ..basic knowlege.. tidak student kau tanya ngangala nak jawab.
14. Pendek kata kau kena amek tahu semua benda la..bukan takat p sekolah balik sekolah..
15.Nakal murid kau, masih ada sisi baik dia..korek sisi dia yang baik tuh..jangan kau canang buruk anak murid kau....


Tips untuk murid
1.Belajar rajin - rajin
2.Jangan lupa solat bagi yang muslim ( awal waktu, berjemaah kalau boleh)
3.Balik kelas terus study buat homeworks balik sebelum 24 jam bagi memory kau long lasting punya
4.Hormat guru tu walau tak sama bangsa
5. Jangan tinggal quran bg yang muslim
6. Hormat ibu bapa
7.Banyakkan buat latihan soalan peperiksaan yang lepas
8.Banyakkan berdoa bagi yang muslim ( sebelum doa selawat dulu jangan gopoh dik )
9. Hormat ibu bapa ( ibu bapa kan guru pertama kita )

Ikhlaskan hati wahai para guru.
Kau akan lihat hasilnya nanti..


Peluang baik duit datang golek - golek ;)

Assalamualaikum...
rasanya kalau tengok dalam senarai penulisan blog aku.. errrr..lama nohh dah tak tulis
daripada zaman aku belajar sampaila  saat ini aku dah habis belajar tinggal nak grad dah ha..ok malas nak bebel - bebel panjang..diri sendiri yang malas tulis membebel plak naa kat sini

Tadi.. p kedai teringin susu dutch lady..maka beli la aku dua botol besar..habis gian la teringin lama tak minum.. jumpak peraduan dutch lady ni ha.. aih senang ja ha..cukup 18 point boleh dah masuk pertandingan..bukan payah pun.. isi borang hantar..lekatla pelekat kod bar susu yang kita beli tuh..pastu kalau untung hampa dapatla hadiah seribu sorang..

Sehari depa bagi hadiah seribu tau tuh pun seribu kali 10 orang sehari... kemungkinan untuk hampa dapat tuh tinggila jugakk..ok la orang nak bagi.. boleh cuba - cuba nasib..tambah - tambah yang dah memang suka sangat susu tuhh... minum saja tak dapat apa jugak an..alang - alang tuh.. try la sekali..mana tau kot - kot nasib dapat..haha

peribahasa hari ini = Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu ;)

untung - untung boleh jugak cover balik duit lesap raya ritu dokk... kehkeh

dahtu toksah segan - segan p kedai cari susu tuh, nih bukan promote saja syiok nak bagi hampa duit raya gak..kot - kot aku dapat..berkatttttt..haha

layari www.dutchlady.com.my


Ahad, 9 Disember 2012

What u give is what u get back...

Lamanya...xtulis blog rasanyalaa...
Some sort of rindunya nak tulis blog....hihi
Sharing jelah kot. If really we want to noe how to handle the worst situation..we actually have to face it...yang pertama mulanya...then kita tahula kan..cena nak handle...simple...but not easy to walk the talk kan...kan...
Berbalik kepada topik asal...what u give is actually what u get..based on people xperince la jgkkkk....betolla...kalau kit layan people surround us mcm bunga,bunga jugakla dapat..tp kalau mcm @#%&/... Dan yg seangkatan dgnnya mcm tu jugakla yg kita akan dpt balik...hahaha..senang kan...so be nice to others, if u want others to be nice to you...
Sekian-solat 5 waktu jgn lupa o_O

Ahad, 24 Jun 2012

motivate myself actually

Sekarang jam 6.06 minit petang, waktu petang ceni nak study pon serba salah...
sedangkan otak aku ....neyy kalau boleh 24 jam nak ja rehatttt...
tapi kalau dipikir-pikirkan balik betul ke aku nak rehat walhal sebenarnya rehat tu pon sebenarnya memenatkan...
sebab kalau kita tengok balik sebab untuk kita diciptakan ini sebenarnya bukan untuk rehat semata-mata sebab kalau rehat ja sistem tubuh seakan lemah tak bermaya rasanya, pastu bila orang tanya cakap  "penat" padahal penat sebab tak buat apa pon huhuhu.... malas betol
even sekarang dah nak habis sem dah tinggal lagi satu paper ja i bet still tak lambat lagi kalau nak mulakan hidup baru untuk jadi lebih baik, why not kan?
tak salah kalau aku berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam kan....
manusia bukan sesuatu yang sempurna tetapi manusia diciptakan dengan penuh ketidaksempunaan untuk melengkapi antara satu sama lain...
penat sebenarnya kalau hidup tanpa matlamat untuk dicapai... seriously penat sangat... when u thinking that u just do nothing today but u expect to have something that u were unable to.... menipu diri sendiri namanya,but what i see ramai jugakla manusia yang buat macam tuh....
tak tahu sebenarnya motif apa yang nak disampaikan hari ini cuma rasa nak tulis maybe this thing actually kind of motivate me..
sampai bila sebenarnya nak jadi this kind of person... feel tired i guess... keep sitting on the same place while i know the death angel always look at the time to cut my breath off.. kind of scary but thats the real thing that we have to admit it.. there is no way for u to run, that is uselessssss... but what we can do is, face it..same with study i guees... kalau tengok kat perpustaakan tuh punyala melambak buku ( ilmu ) untuk dibaca free lagi, tapi punyala susah nak p grab satu buku pon sedangkan hari tu p qb suddenly nampak seorang lelaki tengah study kat kedai buku, dia tak beli pon buku tuh, tapi macam sedaya upaya nak belajar..nampak sumtin kat muka dia... bukan study untuk exam tp passion.....then make me realise, dah berapa lama aku tak buat muka macam tuh..... y not i make the same thing...
kenapa taknak berubah sedangkan Allah s.w.t masih berikan waktu untuk itu?

Khamis, 21 Jun 2012

Legend..first entry

Jam sudah 3 pagi.. tapi tak boleyy tidur jugak lagi..
mungkin sebab jam biologi badan dah berubah kot, orang cakap kalau tak tidur pada jam kebiasaannya biasanya susah nak tidor... betul lah tuh.. -_-
sebab takleh nak tido so i just start to write my own blog... insyaallah di masa akan datang akan ku usahakan untuk penuhkan blog ini dengan ilmu  yang sepatutnya... sekurang-kurangnya dapatla jugak kan berkongsi ilmu... tapi yang pastinya tujuan asal  tulis blog ni sebenarnya lebih kepada luahan rasa mungkin... perasaan normal rasanya, takdakla aku nak share yang aku nih kena seksa bagai or hidup ni sentiasa dikhianati bagai.. -_- ish.... world is full of love, so for the person that feel to give up on love i think you should give a chance to world to prove that u are wrong,
 u just meet the wrong person..
last word happy always, love will always be there for u as Allah always be there for you.... <3